Wednesday 3 February 2016

TIPS MEMPELBAGAIKAN BISNES DI JUALAN BUT KERETA

                       TIPS MEMPELBAGAIKAN BISNES DI JUALAN BUT KERETA
Car Boot Sale bermula di Eropah dan berkembang pelusuk dunia .Malaysia juga mencontohinya.Car Boot Sale atau bahasa Melayu Jualan But Kereta adalah jenis perniagaan yang boleh diceburi pelbagai lapisan masyarakat sama ada secara sepenuh masa atau separa-masa.hatta pelajar sekolah pun boleh menceburinya.
Ketika Tan Sri Ali Rustam  bergelar Ketua Menteri Melaka,beliau membuka CBS di MITC dengan yuran RM1 sahaja namun akhirnya mati begitu sahaja.Ia dibuka setiap pagi ahad dan penulis pernah menyertainya pada bulan Ramadhan.Tidak pasti mengapa ia berkubur….
CBS adalah peluang perniagaan yang perlu dihadiri peniaga kecil dan besar sama ada secara full time atau part-time.
Ketika penulis mencadangkan CBS di Tanjong Bidara ,ramai peniaga dan rakyat Melaka beranggapan ia tempat mati dan berhantu.Ada pula mentertawakan penulis kerana memilih lokasi tidak strategik.Pantai Tanjong Bidara memang popular tahun 80an dan terkenal pelusuk negara,namun akibat kurang promosi dan aktiviti,ia seakan sunyi sepi dan mati.
Mengapa penulis memilih Tanjong Bidara ?
Pertama Tanjong Bidara banyak kenangan kepada penulis.Membesar di Masjid Tanah dan berbasikal bersama rakan-rakan ke pantai,mandi manda dan bermain.Tanjong Bidara amat nostalgia.
Kedua Tanjong Bidara masih kurang aktiviti dan CBS adalah program menghidupkan kembali pantai tersebut yang suram.
Ketiga Tanjong Bidara adalah pantai yang bersih di antara pantai lain di Melaka.
Keempat Tanjong Bidara berdekatan dengan kem tentera yang memungkinkan menarik  puluhan ribu pengunjung.
Kelima Tanjong Bidara mempunyai tapak untuk berniaga yang bersih dan selesa.
PENIAGA CBS PERLU BIJAK DENGAN MEMPELBAGAIKAN PRODUK.
Contohnya peniaga tudung.Mereka perlu menjual pin tudung,sikat,cekak,sarung tangan,mekap dan sebagainya.Itulah MEMPELBAGAIKAN PRODUK.
Manakala peniaga kuih pula perlu menjual pelbagia jenis kuih termasuk SERABAI,DONAT,MINUMAN SIAP BUNGKUS DAN SEBAGAINYA.



Apabila 50 peniaga di CBS Tg  Bidara setiap orang menjual 5 produk,jadilah 250 produk! Pengunjung mempunyai pelbagai pilihan.Apabila 100 orang berniaga,jadilah 500 produk!Jika 200 peniaga pula,maka 1000 produk akan berada di Tg Bidara !
Penulis selalu merayau di pusat borong Aranyaprathet Thailand dan melihat ribuan produk dijual secara borong di sana.Namun kejatuhan nilai ringgit menyebabkan agak kurang peniaga Malaysia ke sana.
Tiga  tahun lepas RM100 mendapat 1250 BAHT ,kini hanya 700 BAHT sahaja.Berdoalah agar nilai ringgit kukuh kembali.
Penulis juga merayau di pusat borong Ho Chin Min ( Saigon ) Vietnam dan banyak produk menarik.
Begitu juga di pusat borong Siem Reap Cambodia .Songket,pisau,peralatan ,benang,hatta batu cincin pun ada.
Peniaga perlu rajin meninjau pusat borong dunia seperti Guangzhou CHINA dan Bandung INDONESIA.pelbagai jenis kraf,benda boleh dijadikan produk jualan.
Antara produk menarik di pasar borong Saigon ialah BUAIAN BOLEH LIPAT.Ia boleh dijual dengan harga RM150 dan boleh dibawa dalam kereta,hatta si Kancil pun boleh muat.
Penulis banyak belajar bahasa asing dari Youtube,grup FB dan sebagainya.Kdgkala penulis berasa malu tidak fasih bahasa Portugis sedangkan Melaka ada kampung Portugis!
Memang hawau !
Blog ini 
http://carbootsaletanjongbidara.blogspot.my/
               bukan sahaja mempromosi CBS namun juga melatih peniaga memborong pelbagai produk seluruh dunia .Insya-Allah dua minggu sebelum Ramadhan  penulis akan bawa semua peniaga berminat memborong pelbagai produk di pasar borong Aranyapratheh THAILAND dan Saigon VIETNAM.Bawa 10K ,macam-macam barang boleh bawa balik!
Ketika penulis bertemu anak Melayu ZULKIFLI HARON ( www.zulldesign.com.my) ,beliau menceritakan pengalamannya dalam dunia bisnes.Memulakan bisnes dgn modal RM200 sahaja di Rawang dan kini asetnya jutaan ringgit.Anak Melayu yang ayahnya berasal dari Kuala Sungai Baru Masjid Tanah Melaka ,manakala ibunya asal Kota Bharu Kelantan.
Tiga jam beliau berkongsi ilmu bisnes dan amat low profile dan tawadduk.Inilah anak Melayu yang penulis kagumi,berjaya dalam bisnes dengan BERDIKARI,bukan harapkan ehsan politikus dan sebagainya.

Penulis pernah bertemu seorang jutawan Malaysia yang membuka kilang di Bangkok Thailand dan  Kalimantan Indonesia .Beliau fasih berbahasa Siam dan slang Indonesia .Produknya T-shirt muslimah dijual pelusuk dunia dan namanya tidak pernah keluar akhbar.
Apabila merayau pelbagai lokasi dunia,penulis suka bertemu ramai usahawan dan berkongsi ilmu dan pengalaman dalam dunia perniagaan.Kita belajar mendengar.Bukan banyak bercakap.
Banyak bercakap,banyak salah.Banyak salah,banyak dosa……


Insya-Allah bertemu lagi pada NOTA akan datang....
Melaka ada Padang Temu
Johor ada Gelang Patah
Kita bertemu janganlah JEMU
Kita berpisah usah GELISAH.....
PENULIS adalah seorang CEO / Pengarah/Akauntan / Budak Pejabat /Facebookan/Blogger/Pemungut sampah sukarela/Trainer/Fasililator/Penceramah Motivasi/Penulis Buku/DLL


                     



                                          COPYRIGHT@2016-2099 SS DOT COM











No comments:

Post a Comment