Wednesday 21 December 2016

BISNES KECIL AKHIRNYA  BESAR ….

10 Februari 2016


                Assalamualaikum dan salam sejahtera !


          Dunia yang luas dan penuh kemudahan pada masa kini perlu diambil peluang oleh setiap individu untuk melakukan pelbagai jenis perniagaan.
         Perniagaan terbukti boleh mendatangkan keuntungan dan wang jika dilakukan dengan betul dan terancang.
         Setiap individu berpeluang menjalankan perniagaan sama ada besar atau kecil.Bagi golongan kurang berkemampuan,mereka boleh menjalankan bisnes kecil dan mudah.Walaupun keuntungan tidak sebesar bisnes besar,namun ianya juga boleh memberikan wang.
         Pada masa kini,dunia mengalami masalah kemelesetan ekonomi.Beban ditanggung oleh semua lapisan masyarakat di seluruh dunia.Kenaikan harga barang menjadikan kos sara hidup semakin meningkat dan membebankan ramai golongan terutama sekali golongan berpendapatan rendah dan miskin.
         Ini perlu membuka mata golongan yang susah dan miskin agar belajar menceburi perniagaan kecil dan mudah demi menambahkan pendapatan.Jika golongan sederhana dan kaya juga melibatkan diri dalam bisnes agar kekayaan dan harta bertambah,mengapa golongan susah dan miskin tidak mahu menambahkan pendapatan?
         Bisnes mampu dilakukan semua golongan walaupun mereka memiliki modal kecil.Apa yang penting ialah kemahiran dan kesungguhan.Bisnes kecilan juga mampu mendatangkan rezeki.
         Bisnes perlu dilakukan jika mahu menambahkan pendapatan.Walaupun keuntungan sekitar RM300.00 sehingga RM1000 sebulan,ia mampu menyumbang kepada pembelian

pelbagai perkara.
         Jangan memandang rendah bisnes kecil.Jangan memandang hina keuntungan sedikit.Keuntungan sedikit juga mampu mengubah kehidupan dan membantu dalam pelbagai perkara dalam kehidupan.
         Hanya bisnes boleh mendatangkan wang dan ianya lebih menguntungkan jika anda memilih untuk bekerja lebih masa di pejabat atau kilang.Jika dilakukan dengan baik dan tekun,pendapatan anda melebihi bayaran kerja lebih masa yang anda lakukan.
         Ceburilah bisnes kerana bisnes adalah peluang terbaik menambahkan pendapatan anda.Jangan berpuashati dengan pendapatan anda.Carilah peluang dalam perniagaan demi menambahkan rezeki dan dapat membantu anda menyediakan pelbagai keperluan dengan lebih baik dan sempurna.
Contoh bisnes kecil dan mudah
         Pelbagai jenis bisnes kecil yang boleh dilakukan.Anda boleh memilih apa jua bisnes
untuk dilakukan.Apa yang penting ialah kemahiran dan bakat anda dalam bisnes yang dipilih.Ini bagi memudahkan anda menjalankan bisnes dengan betul dan sempurna.
         Anda boleh menjalankan pelbagai jenis bisnes mengikut kesesuaian dan permintaan.Apa yang penting ialah modal,kemahiran dan kesungguhan untuk berjaya.
Jika anda mempunyai kekuatan dan kesungguhan,anda boleh menjalankan pelbagai jenis bisnes pada satu-satu masa.


Antara contoh bisnes kecil dan mudah ialah :
Bisnes 1 : Pakaian.
         Pakaian adalah keperluan sebagaimana makanan.Anda perlu bijak jika memilih pakaian sebagai jenis perniagaan anda.
1.Pilih produk mendapat sambutan.
         Anda perlu bijak memilih produk pakaian agar ia dapat dijual dan bisnes anda maju dan berkembang dengan baik.
         Sebagai contoh,lihat kepada musim dan permintaan.Pakaian sekolah,tudung adalah sesuai dijual pada musim cuti sekolah akhir tahun.Manakala tudung pelbagai jenis dan harga adalah sesuai sepanjang masa.
         Buatlah kajian tentang kehendak pelanggan dan trend terkini.Ini bagi memudahkan anda bijak memilih produk yang mudah laris.
2.Cari kelainan.
         Pada masa kini pelbagai kedai pakaian wujud.Jika anda mahu berjaya dalam bisnes ini,berusahalah mencari pelbagai jenis pakaian dan ianya adalah berlainan jika dibandingkan dengan pakaian yang sedia ada dijual di kedai-kedai pakaian atau pasar
raya.
         Sebagai contoh,produk pakaian wanita yang memudahkan ibu menyusu.Begitu juga tudung yang direka bentuk oleh tukang jahit berpengalaman dan ditempah oleh anda.
         Menjual produk pakaian yang mempunyai ciri berlainan memungkinkan bisnes anda lebih maju kerana kurang saingan.
3.Produk keluarga.
         Adalah baik jika anda menjual pelbagai produk pakaian yang diperlukan oleh sesebuah keluarga sama ada ibu bapa ,kanak-kanak,remaja,bayi dan lain-lain.
Ini akan menjadikan anda menjadi tumpuan pelanggan kerana menyediakan pelbagai jenis produk.
4.Memiliki kreativiti.
         Jika anda mempunyai kreativiti,anda mampu menghasilkan pelbagai jenis pakaian.Sebagai contoh,anda mengetahui selok belok jahitan.Gunakan kemahiran anda untuk mereka corak dan fesyen tudung,baju kanak-kanak,alas kaki dan lain-lain.
5.Memilih pelbagai tapak perniagaan.
         Anda boleh menjadikan rumah sebagai stor pakaian.Ini bagi pelanggan yang berada di kawasan anda atau yang berhampiran untuk mendapatkan produk.
         Begitu juga anda boleh membawa produk dari rumah ke rumah,kawasan kediaman

pekerja kilang atau buruh kontrak.
         Ini akan membesarkan jumlah jualan dan melipatgandakan keuntungan.
Begitu juga di kawasan pantai,rekreasi dan lain-lain.Jika anda tidak memiliki kereta,mulakan dengan menunggang motosikal.
         Menunggang motosikal menjimatkan kos dan masa.Ini boleh menambah keuntugan dengan mengurangkan kos.
Antara produk pakaian yang perlu dijual  ialah :
1.Pelbagai jenis tudung.
2.T-shirt.
3.Jubah wanita.
4.Stokin lelaki dan wanita.
5.Pakaian bundle.
6.Alas meja,kerusi dan perabot.
7. Blaus wanita.
8.Pakaian sukan.
9.Aksesori tudung dan baju kurung.
10.Perhiasan seperti gelang dan rantai.
11.Pakaian kanak-kanak.
12.Kain sarong lelaki.
13.Telekong.
14.Anak tudung.
15.Kain 4 meter.

16.Kain dan pakaian sutera.
17.Baju kurung.
18.Seluar lelaki dan wanita
19.Pakaian tempah khas.
20.Tudung kanak-kanak.
21.Pakaian sekolah.
         Anda boleh memilih beberapa jenis produk pakaian tersebut mengikut kesesuaian dan permintaan.
         Apa yang penting ialah kualiti,harga berpatutan,jaminan dan menarik pelanggan.Mulakan bisnes pakaian dengan modal serendah RM300.00 sehingga RM1000.00 mengikut kemampuan masing-masing.
Bisnes 2 : Mengajar Quran.
         Jika anda mempunyai kemahiran khusus mengajar Quran kepada kanak-kanak atau dewasa,anda boleh menjadikannya satu bisnes.
         Mengajar Quran boleh dilakukan di rumah atau anda bergerak ke rumah pelanggan.
Jika anda dibayar RM30.00 seorang dan berjaya mengumpulkan 20 orang di rumah anda,ia telah menghasilkan RM600 sebulan.
         Ini akan menambahkan pendapatan anda.Lakukan bisnes ini kerana ianya amat mudah dan ringkas.Anda tidak memerlukan modal yang banyak dan boleh dilakukan di rumah.
Bisnes 3 : Tuisyen Bahasa Inggeris.
         Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa dan penting pada zaman ini.

Jika anda mempunyai kemahiran khusus mengajar bahasa Inggeris kepada kanak-kanak dan dewasa,lakukan pengajaran di rumah.
         Anda hanya memerlukan sebuah papan tulis dan sedikit nota ringkas.Ini adalah bisnes yang mudah dilakukan dan boleh dibuat di rumah.
Bisnes 4 : Servis Pembersihan.
         Perkhidmatan servis pembersihan adalah bisnes yang mudah.Sebagai contoh,ada penghuni rumah yang tidak memiliki pembantu rumah memerlukan servis pembersihan seperti membersihkan rumah,membasuh pakaian,membersihkan laman rumah  dan lain-lain.
         Anda boleh memberi khidmat pembersihan dan jika sehari anda dibayar RM15.00 untuk satu rumah dan berjaya melakukan sebanyak tiga buah rumah,maka anda telah berjaya meraih RM45.00 sehari.
         Begitu juga pasangan yang bekerja.Mereka memerlukan khidmat pembersihan pada hujung minggu kerana mereka mahu berehat dan tidak meletihkan diri pada hari cuti.
Anda boleh mendapatkan lebih ramai pelanggan.Apa yang penting ialah kualiti khidmat dan sikap amanah dalam menjalankan kerja pembersihan.
         Bisnes ini adalah mudah dan tidak memerlukan modal yang banyak.Anda juga boleh mengupah pekerja sekiranya mendapat permintaan yang banyak.
Bisnes 5 : Servis dan baiki komputer.
         Pada masa kini,kebanyakan rumah memiliki komputer kerana ia adalah keperluan.
Jika anda memiliki kemahiran membaiki komputer,anda boleh menggunakan kemahiran anda untuk mendapatkan wang.

         Anda boleh memebrikan kidmat membaiki komputer di rumah anda atau pergi ke rumah pelanggan mengikut kesesuaian.
         Bagi pelanggan yang sibuk dan tidak mempunyai banyak masa,anda manfaatkan peluang dengan memberi khidmat di rumah pelanggan.
Bisnes 6 : Program komputer.
         Mempunyai kemahiran dalam program kopmputer adalah kelebihan yang mendatangkan wang.
         Membuat program komputer adalah lebih mudah berbanding membaiki kerosakan peralatan komputer kerana anda hanya memerlukan cakera-cakera padat untuk membuat program.
         Jika upah memformat komputer di kedai-kedia komputer sekitar RM30.00 sehingga RM50.00 dan pelanggan terpaksa mengusung komputer ke kedai komputer.Ini akan menyusahkan dan membebankan pelanggan.
         Anda hanya perlu menunggu pelanggan menghubungi anda dan pergi ke rumah mereka untuk membuat program komputer.Ini adalah mudah dan ringkas.
Bisnes 7 : Tukaran mata wang.
         Melakukan bisnes tukaran mata wang adalah menguntungkan dan mudah.Apa yang penting ialah kemahiran dan kebijaksanaan memantau nilai tukaran mata wang setiap hari.
         Bagaimana bisnes ini menguntungkan?Sebagai contoh,anda membeli 100 dolar Amerika dengan nilai RM350.00.Apabila nilainya meninggi,anda akan

menjualnya.Sebagai contoh,jika nilai satu dolar yang anda beli ialah RM3.50 dan ia menigkat menjadi RM4.00,maka anda menjual dan mendapat keuntungan RM50.00 untuk 100 dolar.
         Begitulah dengan pelbagai mata wang.Anda perlu bijak menatau perkembangan semasa dan pasaran ekonomi dunia.Ini bagi mengelakkan kerugian.
Bisnes 8 : Kuih-muih.
         Membuat kuih - muih adalah kemahiran dan ia boleh dipelajari melalui buku,internet dan lain-lain.Membuat kuih adalah mudah.
         Anda boleh membuat pelbagai jenis kuih dan menjual di kawasan rumah anda.Anda juga boleh memilih pada kawasan sibuk dan kawasan tumpuan seperti hadapan sekolah,kilang dan lain-lain.
         Bagi usahawan kecilan,gunakanlah motosikal untuk membawa kuih muih.Menjual kuih muih boleh memberi keuntungan sebanyak separuh atau lebih daripada modal.Sebagai contoh,jika modal anda RM50.00,anda boleh mendapat keuntungan sekitar RM20.00 hingga RM30.00.
         Ia mampu memberi pendapatan kepada anda.Pelbagaikan jenis kuih dan belajar agar membuat kuih agar sedap dan enak dimakan.
Bisnes 9 : Kek dan roti.
         Membuat kek dan roti bukan kerja sukar bagi yang mahu melakukannya.
Kepandaian dalam membuat kek dan roti boleh dimanfaatkan untuk mencari wang.
         Ianya boleh dijadikan bisnes sampingan selain bisnes lain-lain seperti membuat kuih-muih.

         Membuat kek dan roti perlu mempunyai kreativiti dan resipi yang sedap dan menarik pelanggan.Jika anda sibuk,boleh lakukan pada hujung minggu.Ini adalah bisnes yang mudah dan mendapat pelanggan tetap.
         Tidak semua pengguna membeli kek di kedai roti dan kek.jadi manfaatkan peluang untuk mendapatkan wang.
Bisnes 10 : Pisang goreng,keledek,sukun,cempedak,cucur udang.
         Masyarakat Malaysia memang terkenal dengan sikap suka makan.Selepas sarapan pagi dan makan tengahari,kebiasaannya menjamu selera dengan minum petang.
         Menjual pisang goreng,keledek,sukun,cucur udang  dan cempedak pada waktu petang adalah bisnes yang mudah dan praktikal.Anda hanya memerlukan modal  dapur,tong gas,kuali dan meja.
         Bisnes ini memerlukan modal kecil.Anda boleh melakukannya di tepi-tepi jalan dan kawasan tumpuan.
         Jika anda rajin,sediakan khidmat menghantar makanan tersebut ke rumah-rumah.Ini akan menambahkan jualan.Walaupun persaingan dalam bisnes ini adalah banyak,namun
resepi yang baik seperti kerangupan,mempunyai sos dan kicap boleh meningkatkan jualan berbanding pesaing. 
Bisnes 11 : Nasi lemak.
         Membuat nasi lemak adalah kerja payah dan rumit.Anda perlu memasak nasi,menggoreng telor,memotong timun,membuat sambal,menyediakan kacang dan ikan bilis,kemudian membungkusnya.
         Bagi manusia yang mahukan wang,kerja-kerja sedemikian adalah senang dan

mudah kerana memberi keuntungan.
         Bisnes nasi lemak boleh dijalankan di hadapan rumah terutama pada kawasan taman perumahan dan d bawah flet.
         Ia juga boleh dijual di kawasan kilang,pembinaan,jalan utama,sekolah dan lain-lain.Walaupun dijual sengan harga sebungkus RM1.00 dan memperolehi keuntungan sekitar 30 sen,ia juga mendatangkan hasil pendapatan apabila dijual dengan banyak.
         Nasi lemak adalah makanan yang digemari ramai.Jadi melakukan bisnes ini boleh meberi keuntungan dan pendapatan.
Bisnes 12 : T- shirt bercetak.
         Memiliki kedai dan menyediakan mesin pencetak t-shirt memang memerlukan perbelanjaan tinggi,namun ia boleh dilakukan.
          Caranya amat mudah.Anda tidak memerlukan kedai dan mesin pencetak.
Apa yang diperlukan ialah brosur yang mengandungi pelbagai contoh t-shirt bercetak dan mempunyai pelbagai jenis cetakan sama ada gambar pelanggan,nama persatuan,tempat pelancongan menarik,pasukan bola kegemaran dan lain-lain.
         Anda membuat pemasaran dengan menghantar emel dan menghantar brosur kepada pelanggan yang berminat.Apabila menerima tempahan,anda bolehlah membeli t-shirt dan menghantar t-shirt tersebut kepada kedai yang menawarkan percetakan.
         Justeru anda boleh mendapat sedikit keuntungan.Inilah cara memulakan bisnes kecil dan mudah.



Bisnes 13 : Pokok,bunga,baja dan benih.
         Membuat tapak semaian dan menanam pelbagai jenis pokok dan bunga mungkin meletihkan bagi yang tidak berminat.Namun kerajinan seseorang menanam pelbagai jenis pokok dan bunga dalam bekas semaian kemudian menjualnya apabila besar akan memperolehi wang.
         Jika dikira nilai harga bekas semaian,benih dan sedikit baja disamping kerajinan meracun dan menyiram serta menjaga dengan baik adalah sedikit berbanding dengan keuntungan menjual pokok dan bunga yang telah membesar.
         Anda boleh menjalankan bisnes ini di rumah.Anda juga boleh menyediakan khidmat menghantar dengan sedikit tambahan kos.Disamping pelbagai jenis pokok dan bunga yang dijual,anda boleh juga menjual baja dan benih.
         Bisnes ini adalah mudah dan ringkas.Ia hanya memerlukan kerajinan dan kesabaran sebelum memperolehi pendapatan.
Bisnes 14 : Menulis.
         Bidang penulisan adalah luas.Jika anda tidak memiliki bakat menulis,ia boleh dipupuk dan diasah.Apa yang penting ialah kemahuan.
         Menulis buku,novel,artikel,cerpen,jurnal,nota boleh mendatangkan wang.Anda juga boleh mengambil upah menaip pelbagai bahan yang diperlukan seperti novel dari pelbagai syarikat penerbitan.Ia juga memberikan wang.
         Menulis hanya memerlukan kerajinan membaca dan mencari idea.Apabila anda rajin membaca,anda akan mendapat banyak maklumat tentang apa yang perlu ditulis.


Bisnes 15 : Ikan,sayur dan lain-lain.
         Tidak semua pengguna akan ke pasar membeli pelbagai bahan keperluan seperti sayuran,ikan dan lain-lain.
         Jadi anda boleh memilih untuk menjual pelbagai jenis sayur,daging,ikan dan lain-lain keperluan dengan menaiki motosikal.Anda hanya memerlukan sebuah tong dan alat pengikat tong agar ia dapat dipasang di atas motosikal.
         Bisnes ini memerlukan anda bangun awal untuk ke pasar borong membeli pelbagai jenis bahan untuk dijual.
         Walaupun keuntungan yang diperolehi adalah sedikit,namun ianya adalah lebih baik daripada makan gaji kerana anda mempunyai kebebasan.Semua bahan-bahan boleh disimpan dan dijual pula di rumah.
Bisnes 16 : Pembayar bil.
         Jika anda memikirkan bisnes tanpa modal yang banyak,inilah bisnes yang benar-benar memerlukan modal sedikit.
         Anda hanya memerlukan sebuah motosikal untuk mengutip bil-bil dan jumlah bayaran khidmat anda.
         Jika anda mengenakan caj RM5.00 untuk sebuah rumah bagi membayar pelbagai bil,anda berjaya mendapat RM500.00 untuk 100 buah rumah.
         Pada masa kini,ramai pengguna terlalu sibuk untuk meluangkan masa membayar pelbagai jenis bil,jadi manfaatkan peluang untuk menjalankan bisnes ini.
         Anda perlu jujur dan amanah dalam menjalankan bisnes ini.Jika tidak,anda bukan sahaja tidak dipercayai,malah akan meringkok dalam penjara.

Bisnes 17 : Ceramah motivasi.
         Memiliki bakat dalam memberi ucapan dan motivasi adalah satu anugerah dan ia boleh mendatangkan wang.
         Anda boleh mengumpulkan pelbagai lapisan masyarakat seperti pelajar,penagih dadah,pelaku kes gegala sosial dan adakan program motivasi untuk memberi pelbagai pengetahuan dan mengubah minda mereka.
         Memberi motivasi bukan bersandarkan kepada pendidikan tinggi semata-mata.Ia boleh dilakukan semua manusia asalkan mempunyai bakat memberi ucapan dan rajin membaca.
Bisnes 18 : Bengkel ringkas.
         Manusia mempunyai pelbagai bakat dan kemahiran.Jika anda mempunyai bakat membuat manik dan labuci,adakan bengkel ringkas di rumah anda untuk mengajar peserta membuat manik dan labuci dengan sedikit bayaran.
         Begitu juga jika anda mempunyai kemahiran membuat kuih,program komputer,
asas tajwid,jahitan,sulaman,kraf dan lain-lain.Gunakan kemahiran anda sebagai cara mendapatkan wang dengan membuat bengkel ringkas.
         Jika anda mengenakan bayaran RM20 seorang untuk bengkel selama 2 jam dan berjaya mengumpulkan 20 peserta dalam seminggu,anda telah memperolehi RM400.
Ini adalah amat mudah dan boleh dilakukan sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dan bakat.



Bisnes 19 : Kraf dan cenderamata.
         Membuat kraf dan cenderamata adalah sebuah kegiatan dan hobi yang memberi wang.
         Kraf dan cenderamata perlu dilakukan dengan penuh minat dan kreativiti menarik agar ianya mudah dijual.
         Ramai pengguna meminati kraf dan cenderamata.Justeru gunakan kreativiti dan kemahiran anda untuk membuat pelbagai jenis kraf dan cenderamata .
         Modal membuat kraf adalah kecil dan boleh dimulakan oleh semua golongan. 
malah baha-bahan boleh dibuat daripada barang-barang terpakai seperti botol,tin,perca kain,kayu,batu dan lain-lain.
         Apabila anda membuat pelbagai jenis kraf dan cenderamata,buatlah pemasaran dengan membuat katalog memuat pelbagai jenis bahan tersebut beserta harga.Hantar ke merata tempat agar lebih ramai mengetahui kewujudan bisnes anda.
         Memiliki blog adalah jalan terbaik untuk mempamerkan kraf dan cendermata demi mendapatkan pasaran yang lebih luas..Ia juga boleh dijual secara ‘online’.
Bisnes 20 : Rumah dan tanah.
         Jika anda tidak mempunyai tanah atau rumah yang hendak dijual,anda tidak perlu risau.Apa yang perlu dibuat ialah anda mencari pemilik rumah atau tanah yang mahu menjual harta tersebut dan membuat perjanjian komisyen dengan pemilik.
         Anda perlu mencari pembeli dan mendapat sedikit komisyen berdasarkan perjanjian dengan pemilik.
         Walaupun ini bukan kerja mudah,anda boleh berjaya asalkan rajin berusaha mencari

pembeli.
Bisnes 21 : Peralatan elektrik.
         Anda tidak mempunyai modal besar untuk menyewa kedai dan memuatkan pelbagai barang elektrik,justeru lakukan bisnes kecil.
         Caranya ialah mendapatkan gambar pelbagai jenis peralatan elektrik dari pelbagai kedai yang menjual peralatan elektrik dan anda memuatkan dalam brosur.
         Anda mencari pelanggan yang berminat membeli pelbagai peralatan elektrik dan mendapatkan komisyen dari pemilik premis.
         Walaupun cara ini agak sukar kerana lambakan kedai menjual peralatan elektrik,namun anda boleh mendapatkan keuntungan jika bijak memilih produk dan harga yang berpatutan.
Bisnes 22 : Ubatan dan vitamin.
         Bisnes ini banyak dilakukan usahawan.Kemunculan pelbagai syarikat jualan langsung yang menjual pelbagai ubatan dan vitamin telah banyak membantu usahawan untuk mencari pendapatan.
         Anda boleh mendapat komisyen jualan dengan menjadi ahli syarikat jualan langsung.
         Begitu juga jika anda mempunyai sumber maklumat pelbagai jenis ubatan dan vitamin yang bermutu dan membeli dengan pengedar dan menjual secara terus dengan pelanggan.Ini memberi lebih banyak keuntungan berbanding menjadi ahli syarikat jualan langsung.


Bisnes 23 : Ais krim.
         Menjual ais krim?Bisnes ini amat jarang dilakukan kerana menganggap margin keuntungannya kecil.Tanggapan sedemikian adalah silap kerana bisnes menjual ais krim
boleh memberi keuntungan sebanyak RM50.00 sehingga RM100.00 sehari bergantung kepada cuaca dan permintaan.
         Banyak lokasi yang memudahkan usahawan mendapat pelanggan seperti sekolah,pantai,kawasan rekreasi,taman perumahan,taman permainan dan lain-lain.
Modal bisnes ini adalah kurang dari RM500.00.
Bisnes 24 :  Juru gambar.
         Khidmat juru gambar biasanya diperlukan pada majlis tertentu.Jika anda mempunyai kemahiran fotografi dan mempunyai peralatan kamera yang baik dan berkualiti , anda boleh menjadi juru gambar sembilan.
         Anda boleh melakukannya pada hujung minggu dan mendapat tambahan pendapatan.
         Adalah lebih baik anda mempunyai kepakaran mencantum gambar pelanggan dengan pelbagai lokasi dan grafik yang menarik dan ini adalah kelebihan.
Bisnes 25 : Sewa kereta /van.
         Jika anda memiliki kenderaan seperti kereta dan van,anda boleh menyewakannya kepada pengguna yang mahu menyewa.
         Walaupun anda menyewa kenderaan pada masa-masa tertentu,ia juga boleh mendapatkan wang.
         Sebagai contoh,sewa sehari adalah RM80.00 dan kenderaan anda disewa selama 10

hari dalam sebulan,maka anda memperolehi RM800.00.
         Pastikan penyewa mempunyai lesen dan anda perlu mendapatkan maklumat diri penyewa dengan lengkap agar tidak berlaku masalah.
Bisnes 26 : Aksesori wanita.
         Wanita meminati pelbagai jenis aksesori seperti gelang,subang,rantai,pin tudung,pin baju dan lan-lain.Anda perlu menyediakan pelbagai jenis bahan-bahan tersebut dan menjualnya di rumah atau menjaja dari rumah ke rumah atau tempat kerja.
         Bisnes ini adalah mudah.Anda juga perlu menyediakan katalog jika mempunyai pelbagai pilihan lain supaya pelanggan membuat pesanan.
Bisnes 27 : Minuman dan makanan bergerak .
         Memiliki sebuah restoran yang cantik dan maju adalah idaman ramai usahawan.Namun ia memerlukan modal besar.
         Justeru jika anda mempunyai modal kecil,anda perlu melakukan bisnes kecil.
Anda membuat pelbagai jenis makanan dan minuman dan dijual di kawasan sekolah,pantai,taman rekreasi dan lain-lain.
         Anda perlu bergerak dari satu tempat ke tempat lain dan menyediakan pelbagai pilihan seperti kuih-muih,buahan,makanan ringan,minuman botol dan lain-lain.
         Anda boleh memulakannya dengan menaiki motosikal dan apabila maju dan berjaya mengumpulkan keuntungan,anda boleh bertukar kepada kereta atau van.
Bisnes 28 : E-book.
         Menulis E-book adalah sesuatu yang mudah.Apa yang penting ialah isi kandungan e-book agar ia berjaya dijual dengan mudah.

         Sebelum memulakan penulisan e-book anda perlu bijak memilih isi kandungan agar ia mendapat sambutan pembaca.Isi dan kandungan e-book adalah penting.
         Anda perlu membuat kajian tentang kemahuan pembaca hari ini.Sebagai contoh,anda menulis tentang cara menanam pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan.
Isi kandungan yang bermutu dan memberi banyak pengetahuan kepada pembaca akan menjadi tarikan dan memudahkan ia dijual.
         Jika setahun anda mampu menulis 10 buah e-book dan dapat dijual kepada 1000 pelanggan,anda mampu meraih RM20,000.00 setahun jika sebuah ebook dijual dengan harga RM20.00.
         Apabila siap sesebuah ebook,anda perlu membuat promosi dengan membuat blog dan memperkenalkan kepada pengguna-pengguna internet.
Antara contoh e-book yang perlu ditulis ialah :
1.Cara membaiki peralatan rumah.
2.Petua-petua.
3.Cara menjaga motosikal.
4.Panduan menguruskan kewangan keluarga.
5.Resepi.
6.Bagaimana menjauhkan dadah.
7.Tips mendisiplinkan anak.
8.Panduan menjaga dan membaiki kereta.
9.Mencari pasangan terbaik.
10.10 bisnes kecil untung besar.

Bisnes  29 : Kad pra-bayar.
         Menjual kad pra-bayar memberi keuntungan sedikit.Namun ia adalah kerja mudah dan ringkas dan hanya memerlukan modal kecil.Dengan memiliki kad pra-bayar,anda boleh menjual di mana sahaja.
         Bisnes ini adalah amat mudah dan mampu dilakukan sesiapa sahaja.Dengan jumlah pelanggan telefon bimbit yang semakin bertambah,adalah tidak sukar untuk mendapatkan pelanggan.
Bisnes 30 : Kelas Bahasa.
         Anda mempunyai kemahiran dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris,Mandarin,Arab,Tamil,Korea,Jepun dan apa sahaja.Jadi manfaatkan kemahiran anda untuk membuat kelas bahasa di rumah.
         Dengan bayaran yang berpatutan,anda mampu mendapat keuntungan.Bisnes ini adalah mudah dan boleh memberi pendapatan yang baik jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh.  
Bisnes 31 : Jahitan.
         Jika anda mempunyai kemahiran menjahit,ia adalah kelebihan untuk mencari wang.
Jika tidak,anda boleh belajar kerana pelbagai pihak menyediakan bengkel jahitan .
         Memulakan bisnes jahitan memang memerlukan modal iaitu mesin jahit namun jika anda tidak berkemampuan membeli,anda boleh mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
         Bisnes jahitan boleh dilakukan di rumah dan ini menjimatkan kos.Apabila anda menjahit dengan jahitan yang baik dan berkualiti,pelanggan akan bertambah dari masa ke semasa.
         Sebaiknya anda perlu mempunyai kemahiran menjahit pelbagai jenis pakaian lelaki,wanita dan kanak-kanak.Ini akan menjadi kelebihan untuk mendapat lebih ramai pelanggan.
Bisnes 32 : Roti canai.
         Membuat roti canai memerlukan kemahiran.Jika tiada kemahiran,ia boleh dipelajari.
         Roti canai merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia dan ia adalah bisnes yang menguntungkan.
         Memang terdapat banyak kedai makan dan restoran yang menjual roti canai.Namun ia bukan menjadi masalah kepada anda yang mahu memulakan bisnes roti canai.
         Sebagai contoh,anda menyediakan payung  dan meja pada kawasan utama dan tumpuan.Anda  menjual roti canai siap bungkus.
         Ia siap dibungkus sama ada 1 biji,2 biji,3 dan seterusnya.Anda menjual dengan harga yang lebih murah iaitu kurang 10 sen dari harga biasa.
         Sebagai contoh,harga di kedai ialah 80 sen dan anda menjual 70 sen atau 60 sen.Walaupun anda menjual dengan harga lebih rendah,ia tetap memberikan keuntungan.
Mengikut seorang usahawan,satu kilogram tepung gandum boleh dibuat sebanyak 18 keping roti.Ini membuktikan anda tetap mendapat keuntungan walaupun menjual dengan harga 50 sen.
         Belajarlah membuat kuah dan sambal yang sedap agar roti canai anda laris.Begitu juga dengan roti yang dibuat.Ini bagi menjamin bisnes anda mampu bertahan lama.
Bisnes 33 : Membaiki peralatan rumah.
         Membaiki pelbagai peralatan rumah memerlukan kemahiran dan ia boleh dipelajari dari buku,pakar mahu pun internet.
         Dalam laman web youtube.com contohnya,pelbagai video yang memberi tunjuk ajar dalam pelbagai perkara termasuk cara membaiki peralatan rumah.
         Jika anda mempunyai kemahiran membaiki peralatan rumah,jadikan ia satu bisnes.
Bisnes ini adalah mudah.Anda perlu memperkenalkan diri kepada ramai pemilik rumah
agar mereka tahu kemahiran dan kebolehan anda.
         Anda juga perlu mempunyai bisnes kad agar memudahkan pelanggan menghubungi anda.
         Kualiti kerja bermutu dan harga upah yang berpatutan adalah jalan mendapatkan pelanggan setia dan pelanggan akan terus bertambah lantaran promosi mulut ke mulut.
         Bisnes ini mampu memberi pendapatan yang baik dan memberi banyak pengalaman kepada anda.Malah anda juga boleh memperkenalkan pelbagai produk kepada pelanggan mengikut kemahuan dan kehendak mereka.
Bisnes 34 : Pencari kerja.
         Bisnes ini nampak mudah tetapi memerlukan kesungguhan dalam mencarikan kerja kepada individu yang memerlukan pekerjaan.
         Mencari kerja bukan satu kerja mudah terutama sekali ketika era kegawatan ekonomi.Namun masih banyak sektor memerlukan pekerja terutama sektor yang dipandang rendah seperti kerja pembersihan,pengawal keselatan dan lain-lain.
         Anda perlu mencari pekerjaan untuk pencari kerja dan mendapat sedikit komisyen dari individu yang mendapat pekerjaan atau syarikat yang mencari pekerja.
Bisnes 35 : Urutan.
         Mengurut bukan satu pekerjaan mudah.Kebiasaannya kerja mengurut banyak dilakukan golongan dewasa atau warga tua.Kebanyakan remaja dan belia tidak berminat dengan urutan walaupun ia memberi pendapatan kepada tukang urut.
         Jika memiliki kaedah urutan yang betul sama ada untuk membuang angin,urutan bersalin ,membetulkan tulang atau urat yang terseliuh,urutan batin dan lain-lain,ia boleh dijadikan satu bisnes menarik.
         Urutan perlukan kemahiran yang betul agar pesakit sembuh dan hilang kesakitan.Jika anda memilih bisnes ini,ia boleh menjadi sumber pendapatan.
Bisnes 36 : Pemotong rumput.
         Memotong rumput adalah kerja mudah.Anda hanya memerlukan mesin pemotong rumput,kaca mata dan sedikit kemahiran memotong rumput dengan betul.
         Anda akan mencari-cari kawasan yang memerlukan tugas anda.Apabila pemilik kawasan mahu mendapatkan khidmat anda,anda tetapkan bayaran yang sepatutnya.
         Adalah lebih baik mengumpulkan rumput dan tumbuhan lain yang dipotong serta memasukkannya di dalam plastik sampah agar memudahkan pemilik kawasan berkenaan.
Dengan bayaran berpatutan,pemilik kawasan pasti berpuashati dengan mutu kerja anda.
Bisnes 37 : Tukang gunting.
         Bisnes menggunting rambut boleh dilakukan oleh individu yang mempunyai kemahiran menggunting rambut.
         Anda tidak perlu menyewa kedai.Anda hanya perlu membina sedikit pondok kecil di kawasan rumah dan menyediakan peralatan seperti kerusi sandar,cermin,gunting dan lain-lain keperluan.
         Bayaran perlu berpatutan dan kualiti guntingan perlu memuaskan hati pelanggan agar bisnes anda mampu bertahan lama.
Bisnes 38 : Pengasuh kanak-kanak.
         Individu yang penyayang dan sukakan kanak-kanak adalah sesuai menjalankan bisnes mengasuh kanak-kanak.
         Rumah boleh dijadikan taman asuhan mini untuk menjaga dan mengasuh bayi dan kanak-kanak.
         Anda perlu menetapkan jumlah kanak-kanak agar anda mampu mengasuh dan menjaga dengan baik.
         Jika mahu mendapat lebih banyak bayaran,buatlah kelas dan sesi pengisian ilmu
buat kanak-kanak seperti belajar mengeja,belajar mengira dan lain-lain.
         Ibu bapa bukan sahaja gembira kerana anak mereka dijaga dengan baik dan selamat,malah mendapat pelbagai pengetahuan dari pengasuh.
Bisnes 39 :  Mekanik .
         Menjadi mekanik memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknikal.
Jika anda memiliki kemahiran membaiki motosikal atau kereta,gunakan ia untuk menghasilkan wang.
         Anda boleh memilih menjadi mekanik di rumah atau di jalanan atau pun kedua-duanya sekali.
         Apabila penunggang motosikal atau pemandu  menghadapi masalah seperti tayar pancit,enjin rosak di tengah-tengah jalan,maka anda akan memberikan khidmat setelah dihubungi.
         Kesusahan dan kesulitan yang dihadapi oleh pengguna terutama sekali pada hujung minggu di mana kedai-kedai motosikal dan kereta ditutup,atau berada di kawasan yang jauh dari kedai atau bengkel memberi peluang kepada anda memberikan wang.
         Menurut salah seorang mekanik yang menjalankan khidmat membaiki di jalanan,dia mampu meraih RM1000 sehingga RM2000 sebulan hasil daripada khidmat membaiki motosikal.
         Masalah yang sering dihadapi penunggang motosikal ialah kerosakan tayar.Oleh demikian beliau menunggu seawal jam  pagi untuk menunggu panggilan dari penunggang yang mahu mendapatkan bantuan.Ini kerana ramai penunggang sedang menunggang ke tempat kerja.
         Anda boleh mengenakan caj berpatutan dengan khidmat anda.Jika pada waktu malam sebagai contoh,anda mengenakan caj RM30.00 untuk menukar tiub tayar yang rosak adalah munasabah kerana dikira kos dan kesusahan anda mendapatkan pengguna.
         Bisnes ini mampu memberi pendapatan yang baik.Apa yang penting ialah kerajinan dan menberikan khidmat dengan baik.
Bisnes 40 :  Sewa buku / majalah .
         Jika anda seorang yang rajin membaca dan mempunyai banyak koleksi buku dan majalah,gunakan peluang tersebut untuk menyewa buku dan majalah.
         Sediakan pelbagai buku menarik dalam pelbagai genre seperti novel,sejarah,komputer dan lain-lain.
         Jika anda mengenakan bayaran RM2 untuk sebuah buku yang dipinjam selama satu minggu dan mendapat 50 pelanggan,anda memperolehi RM100.Ini adalah bisnes kecil namun ia juga memberikan anda wang.        
Bisnes 41 : Homestay.
         Membina sebuah rumah dan diubahsuai menjadi sebuah homestay memerlukan perbelanjaan tinggi.Namun jika anda mempunyai rumah yang selesa dan kelengkapan yang baik,mengapa tidak menjadikannya rumah tumpangan untuk pelnacong yang datang ke kawasan anda?
         Tidak semua pelancong gemar mendiami hotel terutama pelancong asing yang ingin merasai pengalaman tinggal  bersama keluarga pada sesuatu tempat.
         Dengan masakan yang menarik,keramahan dan perkongsian budaya,ia akan menjadi penarik kepada pelancong atau individu yang ingin menumpang rumah anda beberapa hari atau satu malam.
         Sebaiknya gunakan blog untuk mempromosi homestay anda agar diketahui ramai pihak.Maklumkan juga kepada badan pelancongan negeri agar memasukkan rumah
anda sebagai sebuah tempat penginapan kepada pelancong atau individu yag mahu bermalam.
Bisnes 42 : Kelapa bakar.
         Bisnes kelapa bakar adalah bisnes kecil yang boleh menguntungkan.Menyediakan beberapa kerusi dan meja,tempat membakar kelapa dan buah kelapa.
         Jika lokasi strategik dan mempunyai campuran ramuan herba yang menyelerakan,pasti bisnes ini dapat meambahkan pendapatan.
         Menjual sebiji kelapa yang telah dibakar dengan harga RM2.50 boleh mendatangkan keuntungan di mana sebiji kelapa boleh didapati dengan harga sekitar RM1.00 hingga RM1.20.
         Bisnes ini mempunyai potensi untuk maju kerana kurang persaingan.Apa yang penting ialah kesungguhan dan keinginan mahu memajukan bisnes dengan pelbagai idea dan kreativiti.
Bisnes 43 : Perkakas elektronik.
         Mempunyai kemahiran dalam bidang elektronik adalah satu kelebihan.Membuat pelbagai jenis bahan dan peralatan berdasarkan kemahiran elektronik boleh mendatangkan wang.
         Perkakasan elektrik boleh dibeli dengan harga yang murah.Menggabungkan kepada pelbagai barangan terpakai untuk mereka cipta permainan seperti kereta,lampu perhiasan dan lain-lain.
         Anda juga boleh mereka cipta lampu tidur,lampu hiasan,pemotong buah dan lain-lain peralatan elektronik yang memudahkan pengguna.
         Ini memerlukan kreativiti dam idea dalam membina pelbagai peralatan dan boleh dijual kepada ramai pengguna.
Bisnes 44 : Burger dan kebab.
         Memulakan bisnes burger dan kebab adalah bisnes yang mudah dan boleh dilakukan di hadapan rumah atau memilih kawasan strategik.
         Memulakan bisnes ini hanya memerlukan sebuah kuali,meja ringkas,tempat menyimpan pelbagai jenis bahan-bahan makanan dan bungkusan.
         Usahawan perlu kreatif dalam membuat burger atau kebab.Rasa yang sedap,
pilihan sayur pelbagai mampu menarik lebih ramai pembeli.Begitu juga penyediaan meja dan kerusi untuk pelanggan yang mahu menjamu selera.
Bisnes 45 : Pelancongan.
         Anda tidak memerlukan sebuah syarikat pelancongan jika anda mahu memulakan bisnes pelancongan.
         Apa yang perlu dilakukan ialah mencari individu yang berminat melancong dan kumpulkan jumlah yang sepatutnya seperti 40 orang dalam sebuah kumpulan.
Anda juga perlu menyewa bas dan hotel destinasi penginapan.
         Anda perlu membuat congakan awal perbelanjaan seperti sewa bas,petrol ,sewa hotel,makanan dan lain-lain sebelum menetapkan bayaran bagi setiap individu .Ini bagi mengelakkan anda mengalami kerugian.
         Bisnes ini boleh mendapat sambutan jika anda memberikan khidmat memuaskan,
merancang program kekeluargaan,jumlah bayaran yang berpatutan dan mampu menyaingi agensi pelancongan dan lain-lain.
         Anda juga boleh membina blog ringkas untuk memberikan pilihan kepada ramai pengguna untuk memilih destinasi pelancongan.
Bisnes 46 : Konsultan Landskap.
         Pada masa kini ramai pemilik rumah berminat untuk menghias laman rumah dengan pelbagai hiasan sama ada pokok dan bunga,kolam,laman berehat dan lain-lain.

         Apa yang perlu dilakukan ialah menjadi konsultan dengan memberi idea dan cadangan dalam pembentukan landskap halaman rumah kepada pemilik.Anda juga boleh mencadangkan kontraktor atau usahawan membekalkan pelbagai jenis pokok dan bunga.
         Dengan mendapatkan sedikit bayaran,ditambah komisyen dari kontraktor dan usahawan pembekal bunga dan pokok,ia mampu memberikan anda pendapatan.
         Adalah lebih baik anda mempunyai katalog gambar dalam menghias pelbagai jenis landskap dan hiasan bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan.
Bisnes 47 : Seni mempertahankan diri.
         Kes jenayah boleh berlaku di mana-mana.Ragut,bunuh,rogol,buli dan lain-lain.
Seandainya anda mempunyai kemahiran khusus dalam mempertahankan diri seperti taekwando,silat dan lain-lain,gunakan kemahiran anda untuk mendapatkan wang.
         Mengadakan kelas ringkas sebanyak 10 atau 20 sesi untuk mengajar individu seni mempertahankan diri adalah cara mendapatkan wang.
         Jika anda mengenakan bayaran RM20 sebulan dan mampu mendapat 30 peserta,ia memberikan anda RM600.00 sebulan.
         Anda perlu mengadakan bengkel bergerak bagi menarik lebih ramai pelanggan.Golongan suri rumah adalah golongan yang perlu diajak kerana mereka amat memerlukan kemahiran mempertahankan diri bagi mengelakkan kes ragut dan rompak.Begitu juga pelajar dan lain-lain. 
Bisnes 48 : Sewa peralatan dan tapak sukan.
         Jika anda mempunyai laman rumah yang luas dan selesa  untuk bersukan,jadikan ia sebuah bisnes dengan membina padang untuk sukan badminton,takraw,ping pong dan lain-lain.
         Anda juga boleh menyewa pelbagai peralatan dan pakaian sukan.Ini akan memberikan anda pendapatan tambahan.
Bisnes 49 : Internet.
         Anda juga boleh menyediakan kemudahan internet di rumah.Dengan mengenakan bayaran lebih rendah dan suasana yang lebih mesra pengguna mampu menarik pelanggan.
         Dimulakan dengan lima buah komputer dan mempunyai kemudahan makanan dan minuman ringan mampu menarik pelanggan.Bisnes ini mampu memberikan anda keuntungan RM300 sehingga RM1000 sebulan bergantung kepada permintaan.
Bisnes 50 : Kraf barang buangan
    Setiap hari jutaan bahan buangan dibuang rakyat Malaysia seeprti botol,tin,perca kain dan sebagainya.Usahawan perlu kreatif mencanai pelbagai bahan buangan menjadi kraf dan menarik agar boleh dijual.

-          COPYRIGHT SS DOT COM@2016-2099  -

Wednesday 9 March 2016

CORAT CORET CBS TB FEB 2016












TERIMA KASIH KPD SEMUA PENIAGA DAN PENGUNJUNG ....


MENGAPA PENIAGA MENGATAKAN TANJONG BIDARA LOKASI MATI ?

Assalamualaikum dan selamat petang …
Car Boot Sale Tanjong Bidara dimulakan pada Tahun Baru Cina 2016 dan penganjur sendiri berjaya menjual 200 unit bantal 99 sen.Ini membuktikan Tanjong Bidara bukan lokasi MATI .
Peniaga sengkuang /nenas calit laris.Peniaga datang dan pergi .
Akhirnya …..tiada peniaga datang kecuali sedikit sahaja .
Mengapa ?
Pertama : Sekadar mahu mencuba-cuba.
Peniaga yang datang berniaga,sekadar mahu mencuba-cuba.Mereka tiada jati diri untuk berjaya.
Peniaga yang kental dan mahu berjaya ialah peniaga yang konsisten ,walaupun 10 kali tiada sale langsung ,mereka terus datang dan datang setiap minggu tanpa jemu.
Kedua : Produk tidak kreatif
Produk tidak kreatif akan gagal.Penganjur sudah maklumkan bahawa produk kreatif penting ,contohnya cari produk tarikan kawasan pantai seperti khemah ,peralatan memancing dan sebagainya.
Penganjur sendiri menjual bantal 99 sen dan ia berjaya!
Ketiga : Viral dalam FB Tanjong Bidara lokasi mati .
Ketika Car Boot Sale belum bermula,banyak komen dalam FB mengatakan Tanjong Bidara lokasi mati .mereka belum mencuba berniaga,sudah katakan lokasi mati.
Dalam keusahawanan “Cuba dahulu ,keputusan kemudian”
Namun sikap peniaga dan pemilik FB yang tidak bertanggungjawab mengatakan Tanjong Bidara lokasi mati adalah TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
To be continued……………

Monday 15 February 2016

PENJELASAN GRUP WHATSAPP

 GRUP WHATSAPP CBS TB DITUBUHKAN  TANPA KEBENARAN PENGANJUR .
SEMUA  YANG ADA  DALAM GRUP DIMINTA KELUAR DARI GRUP TERSEBUT .



SEKIRANYA BERLAKU APA-APA ,PENGANJUR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
HANYA FB RASMI CAR BOOT SALE TANJONG BIDARA ,SMS DAN EMEL.REPOT POLIS AKAN DIBUAT .


HARAP MAKLUM.
TERIMA KASIH .

BS TB 14 FEBRUARI 2016

Insya-Allah bertemu lagi pada 20 DAN 21 Februari 2016 ....

Melaka ada Padang Temu
Johor ada Gelang Patah
Kita bertemu janganlah JEMU
Kita berpisah usah GELISAH.....

BANTAL 99 SEN !
HANYA DI JUALAN BUT KERETA TG BIDARA !