BISNES KECIL AKHIRNYA BESAR ….
10 Februari 2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera !
Dunia yang luas dan penuh kemudahan pada masa
kini perlu diambil peluang oleh setiap individu untuk melakukan pelbagai jenis
perniagaan.
Perniagaan terbukti boleh mendatangkan
keuntungan dan wang jika dilakukan dengan betul dan terancang.
Setiap individu berpeluang menjalankan
perniagaan sama ada besar atau kecil.Bagi golongan kurang berkemampuan,mereka
boleh menjalankan bisnes kecil dan mudah.Walaupun keuntungan tidak sebesar
bisnes besar,namun ianya juga boleh memberikan wang.
Pada masa kini,dunia mengalami masalah
kemelesetan ekonomi.Beban ditanggung oleh semua lapisan masyarakat di seluruh
dunia.Kenaikan harga barang menjadikan kos sara hidup semakin meningkat dan
membebankan ramai golongan terutama sekali golongan berpendapatan rendah dan
miskin.
Ini perlu membuka mata golongan yang
susah dan miskin agar belajar menceburi perniagaan kecil dan mudah demi
menambahkan pendapatan.Jika golongan sederhana dan kaya juga melibatkan diri
dalam bisnes agar kekayaan dan harta bertambah,mengapa golongan susah dan
miskin tidak mahu menambahkan pendapatan?
Bisnes mampu dilakukan semua golongan
walaupun mereka memiliki modal kecil.Apa yang penting ialah kemahiran dan
kesungguhan.Bisnes kecilan juga mampu mendatangkan rezeki.
Bisnes perlu dilakukan jika mahu
menambahkan pendapatan.Walaupun keuntungan sekitar RM300.00 sehingga RM1000
sebulan,ia mampu menyumbang kepada pembelian
pelbagai
perkara.
Jangan memandang rendah bisnes
kecil.Jangan memandang hina keuntungan sedikit.Keuntungan sedikit juga mampu
mengubah kehidupan dan membantu dalam pelbagai perkara dalam kehidupan.
Hanya bisnes boleh mendatangkan wang
dan ianya lebih menguntungkan jika anda memilih untuk bekerja lebih masa di
pejabat atau kilang.Jika dilakukan dengan baik dan tekun,pendapatan anda
melebihi bayaran kerja lebih masa yang anda lakukan.
Ceburilah bisnes kerana bisnes adalah
peluang terbaik menambahkan pendapatan anda.Jangan berpuashati dengan pendapatan
anda.Carilah peluang dalam perniagaan demi menambahkan rezeki dan dapat
membantu anda menyediakan pelbagai keperluan dengan lebih baik dan sempurna.
Contoh bisnes
kecil dan mudah
Pelbagai jenis bisnes kecil yang boleh
dilakukan.Anda boleh memilih apa jua bisnes
untuk
dilakukan.Apa yang penting ialah kemahiran dan bakat anda dalam bisnes yang
dipilih.Ini bagi memudahkan anda menjalankan bisnes dengan betul dan sempurna.
Anda boleh menjalankan pelbagai jenis
bisnes mengikut kesesuaian dan permintaan.Apa yang penting ialah
modal,kemahiran dan kesungguhan untuk berjaya.
Jika anda
mempunyai kekuatan dan kesungguhan,anda boleh menjalankan pelbagai jenis bisnes
pada satu-satu masa.
Antara contoh
bisnes kecil dan mudah ialah :
Bisnes 1 :
Pakaian.
Pakaian adalah keperluan sebagaimana
makanan.Anda perlu bijak jika memilih pakaian sebagai jenis perniagaan anda.
1.Pilih produk
mendapat sambutan.
Anda perlu bijak memilih produk
pakaian agar ia dapat dijual dan bisnes anda maju dan berkembang dengan baik.
Sebagai contoh,lihat kepada musim dan
permintaan.Pakaian sekolah,tudung adalah sesuai dijual pada musim cuti sekolah
akhir tahun.Manakala tudung pelbagai jenis dan harga adalah sesuai sepanjang
masa.
Buatlah kajian tentang kehendak pelanggan
dan trend terkini.Ini bagi memudahkan anda bijak memilih produk yang mudah
laris.
2.Cari kelainan.
Pada masa kini pelbagai kedai pakaian
wujud.Jika anda mahu berjaya dalam bisnes ini,berusahalah mencari pelbagai
jenis pakaian dan ianya adalah berlainan jika dibandingkan dengan pakaian yang
sedia ada dijual di kedai-kedai pakaian atau pasar
raya.
Sebagai contoh,produk pakaian wanita
yang memudahkan ibu menyusu.Begitu juga tudung yang direka bentuk oleh tukang
jahit berpengalaman dan ditempah oleh anda.
Menjual produk pakaian yang mempunyai
ciri berlainan memungkinkan bisnes anda lebih maju kerana kurang saingan.
3.Produk
keluarga.
Adalah baik jika anda menjual pelbagai
produk pakaian yang diperlukan oleh sesebuah keluarga sama ada ibu bapa
,kanak-kanak,remaja,bayi dan lain-lain.
Ini akan
menjadikan anda menjadi tumpuan pelanggan kerana menyediakan pelbagai jenis
produk.
4.Memiliki
kreativiti.
Jika anda mempunyai kreativiti,anda
mampu menghasilkan pelbagai jenis pakaian.Sebagai contoh,anda mengetahui selok
belok jahitan.Gunakan kemahiran anda untuk mereka corak dan fesyen tudung,baju
kanak-kanak,alas kaki dan lain-lain.
5.Memilih
pelbagai tapak perniagaan.
Anda boleh menjadikan rumah sebagai
stor pakaian.Ini bagi pelanggan yang berada di kawasan anda atau yang
berhampiran untuk mendapatkan produk.
Begitu juga anda boleh membawa produk
dari rumah ke rumah,kawasan kediaman
pekerja kilang
atau buruh kontrak.
Ini akan membesarkan jumlah jualan dan
melipatgandakan keuntungan.
Begitu juga di
kawasan pantai,rekreasi dan lain-lain.Jika anda tidak memiliki kereta,mulakan
dengan menunggang motosikal.
Menunggang motosikal menjimatkan kos
dan masa.Ini boleh menambah keuntugan dengan mengurangkan kos.
Antara produk
pakaian yang perlu dijual ialah :
1.Pelbagai jenis
tudung.
2.T-shirt.
3.Jubah wanita.
4.Stokin lelaki
dan wanita.
5.Pakaian
bundle.
6.Alas
meja,kerusi dan perabot.
7. Blaus wanita.
8.Pakaian sukan.
9.Aksesori
tudung dan baju kurung.
10.Perhiasan
seperti gelang dan rantai.
11.Pakaian
kanak-kanak.
12.Kain sarong
lelaki.
13.Telekong.
14.Anak tudung.
15.Kain 4 meter.
16.Kain dan
pakaian sutera.
17.Baju kurung.
18.Seluar lelaki
dan wanita
19.Pakaian
tempah khas.
20.Tudung
kanak-kanak.
21.Pakaian
sekolah.
Anda boleh memilih beberapa jenis
produk pakaian tersebut mengikut kesesuaian dan permintaan.
Apa yang penting ialah kualiti,harga
berpatutan,jaminan dan menarik pelanggan.Mulakan bisnes pakaian dengan modal
serendah RM300.00 sehingga RM1000.00 mengikut kemampuan masing-masing.
Bisnes 2 :
Mengajar Quran.
Jika anda mempunyai kemahiran khusus
mengajar Quran kepada kanak-kanak atau dewasa,anda boleh menjadikannya satu
bisnes.
Mengajar Quran boleh dilakukan di
rumah atau anda bergerak ke rumah pelanggan.
Jika anda
dibayar RM30.00 seorang dan berjaya mengumpulkan 20 orang di rumah anda,ia
telah menghasilkan RM600 sebulan.
Ini akan menambahkan pendapatan
anda.Lakukan bisnes ini kerana ianya amat mudah dan ringkas.Anda tidak
memerlukan modal yang banyak dan boleh dilakukan di rumah.
Bisnes 3 :
Tuisyen Bahasa Inggeris.
Bahasa Inggeris adalah bahasa
antarabangsa dan penting pada zaman ini.
Jika anda
mempunyai kemahiran khusus mengajar bahasa Inggeris kepada kanak-kanak dan
dewasa,lakukan pengajaran di rumah.
Anda hanya memerlukan sebuah papan
tulis dan sedikit nota ringkas.Ini adalah bisnes yang mudah dilakukan dan boleh
dibuat di rumah.
Bisnes 4 :
Servis Pembersihan.
Perkhidmatan servis pembersihan adalah
bisnes yang mudah.Sebagai contoh,ada penghuni rumah yang tidak memiliki
pembantu rumah memerlukan servis pembersihan seperti membersihkan
rumah,membasuh pakaian,membersihkan laman rumah
dan lain-lain.
Anda boleh memberi khidmat pembersihan
dan jika sehari anda dibayar RM15.00 untuk satu rumah dan berjaya melakukan
sebanyak tiga buah rumah,maka anda telah berjaya meraih RM45.00 sehari.
Begitu juga pasangan yang
bekerja.Mereka memerlukan khidmat pembersihan pada hujung minggu kerana mereka
mahu berehat dan tidak meletihkan diri pada hari cuti.
Anda boleh
mendapatkan lebih ramai pelanggan.Apa yang penting ialah kualiti khidmat dan
sikap amanah dalam menjalankan kerja pembersihan.
Bisnes ini adalah mudah dan tidak
memerlukan modal yang banyak.Anda juga boleh mengupah pekerja sekiranya mendapat
permintaan yang banyak.
Bisnes 5 :
Servis dan baiki komputer.
Pada masa kini,kebanyakan rumah
memiliki komputer kerana ia adalah keperluan.
Jika anda
memiliki kemahiran membaiki komputer,anda boleh menggunakan kemahiran anda
untuk mendapatkan wang.
Anda boleh memebrikan kidmat membaiki
komputer di rumah anda atau pergi ke rumah pelanggan mengikut kesesuaian.
Bagi pelanggan yang sibuk dan tidak
mempunyai banyak masa,anda manfaatkan peluang dengan memberi khidmat di rumah
pelanggan.
Bisnes 6 :
Program komputer.
Mempunyai kemahiran dalam program
kopmputer adalah kelebihan yang mendatangkan wang.
Membuat program komputer adalah lebih
mudah berbanding membaiki kerosakan peralatan komputer kerana anda hanya
memerlukan cakera-cakera padat untuk membuat program.
Jika upah memformat komputer di
kedai-kedia komputer sekitar RM30.00 sehingga RM50.00 dan pelanggan terpaksa
mengusung komputer ke kedai komputer.Ini akan menyusahkan dan membebankan
pelanggan.
Anda hanya perlu menunggu pelanggan
menghubungi anda dan pergi ke rumah mereka untuk membuat program komputer.Ini
adalah mudah dan ringkas.
Bisnes 7 :
Tukaran mata wang.
Melakukan bisnes tukaran mata wang
adalah menguntungkan dan mudah.Apa yang penting ialah kemahiran dan
kebijaksanaan memantau nilai tukaran mata wang setiap hari.
Bagaimana bisnes ini
menguntungkan?Sebagai contoh,anda membeli 100 dolar Amerika dengan nilai
RM350.00.Apabila nilainya meninggi,anda akan
menjualnya.Sebagai
contoh,jika nilai satu dolar yang anda beli ialah RM3.50 dan ia menigkat
menjadi RM4.00,maka anda menjual dan mendapat keuntungan RM50.00 untuk 100
dolar.
Begitulah dengan pelbagai mata
wang.Anda perlu bijak menatau perkembangan semasa dan pasaran ekonomi dunia.Ini
bagi mengelakkan kerugian.
Bisnes 8 :
Kuih-muih.
Membuat kuih - muih adalah kemahiran
dan ia boleh dipelajari melalui buku,internet dan lain-lain.Membuat kuih adalah
mudah.
Anda boleh membuat pelbagai jenis kuih
dan menjual di kawasan rumah anda.Anda juga boleh memilih pada kawasan sibuk
dan kawasan tumpuan seperti hadapan sekolah,kilang dan lain-lain.
Bagi usahawan kecilan,gunakanlah
motosikal untuk membawa kuih muih.Menjual kuih muih boleh memberi keuntungan
sebanyak separuh atau lebih daripada modal.Sebagai contoh,jika modal anda
RM50.00,anda boleh mendapat keuntungan sekitar RM20.00 hingga RM30.00.
Ia mampu memberi pendapatan kepada
anda.Pelbagaikan jenis kuih dan belajar agar membuat kuih agar sedap dan enak
dimakan.
Bisnes 9 : Kek
dan roti.
Membuat kek dan roti bukan kerja sukar
bagi yang mahu melakukannya.
Kepandaian dalam
membuat kek dan roti boleh dimanfaatkan untuk mencari wang.
Ianya boleh dijadikan bisnes sampingan
selain bisnes lain-lain seperti membuat kuih-muih.
Membuat kek dan roti perlu mempunyai
kreativiti dan resipi yang sedap dan menarik pelanggan.Jika anda sibuk,boleh
lakukan pada hujung minggu.Ini adalah bisnes yang mudah dan mendapat pelanggan
tetap.
Tidak semua pengguna membeli kek di
kedai roti dan kek.jadi manfaatkan peluang untuk mendapatkan wang.
Bisnes 10 :
Pisang goreng,keledek,sukun,cempedak,cucur udang.
Masyarakat Malaysia memang terkenal
dengan sikap suka makan.Selepas sarapan pagi dan makan tengahari,kebiasaannya
menjamu selera dengan minum petang.
Menjual pisang
goreng,keledek,sukun,cucur udang dan
cempedak pada waktu petang adalah bisnes yang mudah dan praktikal.Anda hanya
memerlukan modal dapur,tong gas,kuali
dan meja.
Bisnes ini memerlukan modal kecil.Anda
boleh melakukannya di tepi-tepi jalan dan kawasan tumpuan.
Jika anda rajin,sediakan khidmat
menghantar makanan tersebut ke rumah-rumah.Ini akan menambahkan jualan.Walaupun
persaingan dalam bisnes ini adalah banyak,namun
resepi yang baik
seperti kerangupan,mempunyai sos dan kicap boleh meningkatkan jualan berbanding
pesaing.
Bisnes 11 : Nasi
lemak.
Membuat nasi lemak adalah kerja payah
dan rumit.Anda perlu memasak nasi,menggoreng telor,memotong timun,membuat
sambal,menyediakan kacang dan ikan bilis,kemudian membungkusnya.
Bagi manusia yang mahukan
wang,kerja-kerja sedemikian adalah senang dan
mudah kerana
memberi keuntungan.
Bisnes nasi lemak boleh dijalankan di
hadapan rumah terutama pada kawasan taman perumahan dan d bawah flet.
Ia juga boleh dijual di kawasan
kilang,pembinaan,jalan utama,sekolah dan lain-lain.Walaupun dijual sengan harga
sebungkus RM1.00 dan memperolehi keuntungan sekitar 30 sen,ia juga mendatangkan
hasil pendapatan apabila dijual dengan banyak.
Nasi lemak adalah makanan yang
digemari ramai.Jadi melakukan bisnes ini boleh meberi keuntungan dan
pendapatan.
Bisnes 12 : T-
shirt bercetak.
Memiliki kedai dan menyediakan mesin
pencetak t-shirt memang memerlukan perbelanjaan tinggi,namun ia boleh
dilakukan.
Caranya amat mudah.Anda tidak
memerlukan kedai dan mesin pencetak.
Apa yang
diperlukan ialah brosur yang mengandungi pelbagai contoh t-shirt bercetak dan
mempunyai pelbagai jenis cetakan sama ada gambar pelanggan,nama
persatuan,tempat pelancongan menarik,pasukan bola kegemaran dan lain-lain.
Anda membuat pemasaran dengan
menghantar emel dan menghantar brosur kepada pelanggan yang berminat.Apabila
menerima tempahan,anda bolehlah membeli t-shirt dan menghantar t-shirt tersebut
kepada kedai yang menawarkan percetakan.
Justeru anda boleh mendapat sedikit
keuntungan.Inilah cara memulakan bisnes kecil dan mudah.
Bisnes 13 :
Pokok,bunga,baja dan benih.
Membuat tapak semaian dan menanam
pelbagai jenis pokok dan bunga mungkin meletihkan bagi yang tidak
berminat.Namun kerajinan seseorang menanam pelbagai jenis pokok dan bunga dalam
bekas semaian kemudian menjualnya apabila besar akan memperolehi wang.
Jika dikira nilai harga bekas
semaian,benih dan sedikit baja disamping kerajinan meracun dan menyiram serta
menjaga dengan baik adalah sedikit berbanding dengan keuntungan menjual pokok
dan bunga yang telah membesar.
Anda boleh menjalankan bisnes ini di
rumah.Anda juga boleh menyediakan khidmat menghantar dengan sedikit tambahan
kos.Disamping pelbagai jenis pokok dan bunga yang dijual,anda boleh juga
menjual baja dan benih.
Bisnes ini adalah mudah dan ringkas.Ia
hanya memerlukan kerajinan dan kesabaran sebelum memperolehi pendapatan.
Bisnes 14 :
Menulis.
Bidang penulisan adalah luas.Jika anda
tidak memiliki bakat menulis,ia boleh dipupuk dan diasah.Apa yang penting ialah
kemahuan.
Menulis
buku,novel,artikel,cerpen,jurnal,nota boleh mendatangkan wang.Anda juga boleh
mengambil upah menaip pelbagai bahan yang diperlukan seperti novel dari
pelbagai syarikat penerbitan.Ia juga memberikan wang.
Menulis hanya memerlukan kerajinan
membaca dan mencari idea.Apabila anda rajin membaca,anda akan mendapat banyak
maklumat tentang apa yang perlu ditulis.
Bisnes 15 :
Ikan,sayur dan lain-lain.
Tidak semua pengguna akan ke pasar
membeli pelbagai bahan keperluan seperti sayuran,ikan dan lain-lain.
Jadi anda boleh memilih untuk menjual
pelbagai jenis sayur,daging,ikan dan lain-lain keperluan dengan menaiki
motosikal.Anda hanya memerlukan sebuah tong dan alat pengikat tong agar ia
dapat dipasang di atas motosikal.
Bisnes ini memerlukan anda bangun awal
untuk ke pasar borong membeli pelbagai jenis bahan untuk dijual.
Walaupun keuntungan yang diperolehi
adalah sedikit,namun ianya adalah lebih baik daripada makan gaji kerana anda
mempunyai kebebasan.Semua bahan-bahan boleh disimpan dan dijual pula di rumah.
Bisnes 16 :
Pembayar bil.
Jika anda memikirkan bisnes tanpa
modal yang banyak,inilah bisnes yang benar-benar memerlukan modal sedikit.
Anda hanya memerlukan sebuah motosikal
untuk mengutip bil-bil dan jumlah bayaran khidmat anda.
Jika anda mengenakan caj RM5.00 untuk
sebuah rumah bagi membayar pelbagai bil,anda berjaya mendapat RM500.00 untuk
100 buah rumah.
Pada masa kini,ramai pengguna terlalu
sibuk untuk meluangkan masa membayar pelbagai jenis bil,jadi manfaatkan peluang
untuk menjalankan bisnes ini.
Anda perlu jujur dan amanah dalam
menjalankan bisnes ini.Jika tidak,anda bukan sahaja tidak dipercayai,malah akan
meringkok dalam penjara.
Bisnes 17 :
Ceramah motivasi.
Memiliki bakat dalam memberi ucapan
dan motivasi adalah satu anugerah dan ia boleh mendatangkan wang.
Anda boleh mengumpulkan pelbagai
lapisan masyarakat seperti pelajar,penagih dadah,pelaku kes gegala sosial dan
adakan program motivasi untuk memberi pelbagai pengetahuan dan mengubah minda
mereka.
Memberi motivasi bukan bersandarkan
kepada pendidikan tinggi semata-mata.Ia boleh dilakukan semua manusia asalkan
mempunyai bakat memberi ucapan dan rajin membaca.
Bisnes 18 :
Bengkel ringkas.
Manusia mempunyai pelbagai bakat dan
kemahiran.Jika anda mempunyai bakat membuat manik dan labuci,adakan bengkel
ringkas di rumah anda untuk mengajar peserta membuat manik dan labuci dengan
sedikit bayaran.
Begitu juga jika anda mempunyai
kemahiran membuat kuih,program komputer,
asas
tajwid,jahitan,sulaman,kraf dan lain-lain.Gunakan kemahiran anda sebagai cara
mendapatkan wang dengan membuat bengkel ringkas.
Jika anda mengenakan bayaran RM20
seorang untuk bengkel selama 2 jam dan berjaya mengumpulkan 20 peserta dalam
seminggu,anda telah memperolehi RM400.
Ini adalah amat
mudah dan boleh dilakukan sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dan bakat.
Bisnes 19 : Kraf
dan cenderamata.
Membuat kraf dan cenderamata adalah
sebuah kegiatan dan hobi yang memberi wang.
Kraf dan cenderamata perlu dilakukan
dengan penuh minat dan kreativiti menarik agar ianya mudah dijual.
Ramai pengguna meminati kraf dan
cenderamata.Justeru gunakan kreativiti dan kemahiran anda untuk membuat
pelbagai jenis kraf dan cenderamata .
Modal membuat kraf adalah kecil dan
boleh dimulakan oleh semua golongan.
malah baha-bahan
boleh dibuat daripada barang-barang terpakai seperti botol,tin,perca
kain,kayu,batu dan lain-lain.
Apabila anda membuat pelbagai jenis
kraf dan cenderamata,buatlah pemasaran dengan membuat katalog memuat pelbagai
jenis bahan tersebut beserta harga.Hantar ke merata tempat agar lebih ramai
mengetahui kewujudan bisnes anda.
Memiliki blog adalah jalan terbaik
untuk mempamerkan kraf dan cendermata demi mendapatkan pasaran yang lebih
luas..Ia juga boleh dijual secara ‘online’.
Bisnes 20 :
Rumah dan tanah.
Jika anda tidak mempunyai tanah atau rumah
yang hendak dijual,anda tidak perlu risau.Apa yang perlu dibuat ialah anda
mencari pemilik rumah atau tanah yang mahu menjual harta tersebut dan membuat
perjanjian komisyen dengan pemilik.
Anda perlu mencari pembeli dan
mendapat sedikit komisyen berdasarkan perjanjian dengan pemilik.
Walaupun ini bukan kerja mudah,anda
boleh berjaya asalkan rajin berusaha mencari
pembeli.
Bisnes 21 :
Peralatan elektrik.
Anda tidak mempunyai modal besar untuk
menyewa kedai dan memuatkan pelbagai barang elektrik,justeru lakukan bisnes
kecil.
Caranya ialah mendapatkan gambar
pelbagai jenis peralatan elektrik dari pelbagai kedai yang menjual peralatan
elektrik dan anda memuatkan dalam brosur.
Anda mencari pelanggan yang berminat
membeli pelbagai peralatan elektrik dan mendapatkan komisyen dari pemilik
premis.
Walaupun cara ini agak sukar kerana
lambakan kedai menjual peralatan elektrik,namun anda boleh mendapatkan
keuntungan jika bijak memilih produk dan harga yang berpatutan.
Bisnes 22 :
Ubatan dan vitamin.
Bisnes ini banyak dilakukan
usahawan.Kemunculan pelbagai syarikat jualan langsung yang menjual pelbagai
ubatan dan vitamin telah banyak membantu usahawan untuk mencari pendapatan.
Anda boleh mendapat komisyen jualan
dengan menjadi ahli syarikat jualan langsung.
Begitu juga jika anda mempunyai sumber
maklumat pelbagai jenis ubatan dan vitamin yang bermutu dan membeli dengan
pengedar dan menjual secara terus dengan pelanggan.Ini memberi lebih banyak
keuntungan berbanding menjadi ahli syarikat jualan langsung.
Bisnes 23 : Ais
krim.
Menjual ais krim?Bisnes ini amat
jarang dilakukan kerana menganggap margin keuntungannya kecil.Tanggapan
sedemikian adalah silap kerana bisnes menjual ais krim
boleh memberi
keuntungan sebanyak RM50.00 sehingga RM100.00 sehari bergantung kepada cuaca
dan permintaan.
Banyak lokasi yang memudahkan usahawan
mendapat pelanggan seperti sekolah,pantai,kawasan rekreasi,taman
perumahan,taman permainan dan lain-lain.
Modal bisnes ini
adalah kurang dari RM500.00.
Bisnes 24 : Juru gambar.
Khidmat juru gambar biasanya
diperlukan pada majlis tertentu.Jika anda mempunyai kemahiran fotografi dan
mempunyai peralatan kamera yang baik dan berkualiti , anda boleh menjadi juru
gambar sembilan.
Anda boleh melakukannya pada hujung
minggu dan mendapat tambahan pendapatan.
Adalah lebih baik anda mempunyai
kepakaran mencantum gambar pelanggan dengan pelbagai lokasi dan grafik yang
menarik dan ini adalah kelebihan.
Bisnes 25 : Sewa
kereta /van.
Jika anda memiliki kenderaan seperti
kereta dan van,anda boleh menyewakannya kepada pengguna yang mahu menyewa.
Walaupun anda menyewa kenderaan pada
masa-masa tertentu,ia juga boleh mendapatkan wang.
Sebagai contoh,sewa sehari adalah
RM80.00 dan kenderaan anda disewa selama 10
hari dalam
sebulan,maka anda memperolehi RM800.00.
Pastikan penyewa mempunyai lesen dan
anda perlu mendapatkan maklumat diri penyewa dengan lengkap agar tidak berlaku
masalah.
Bisnes 26 :
Aksesori wanita.
Wanita meminati pelbagai jenis
aksesori seperti gelang,subang,rantai,pin tudung,pin baju dan lan-lain.Anda
perlu menyediakan pelbagai jenis bahan-bahan tersebut dan menjualnya di rumah
atau menjaja dari rumah ke rumah atau tempat kerja.
Bisnes ini adalah mudah.Anda juga
perlu menyediakan katalog jika mempunyai pelbagai pilihan lain supaya pelanggan
membuat pesanan.
Bisnes 27 :
Minuman dan makanan bergerak .
Memiliki sebuah restoran yang cantik
dan maju adalah idaman ramai usahawan.Namun ia memerlukan modal besar.
Justeru jika anda mempunyai modal
kecil,anda perlu melakukan bisnes kecil.
Anda membuat
pelbagai jenis makanan dan minuman dan dijual di kawasan sekolah,pantai,taman
rekreasi dan lain-lain.
Anda perlu bergerak dari satu tempat
ke tempat lain dan menyediakan pelbagai pilihan seperti
kuih-muih,buahan,makanan ringan,minuman botol dan lain-lain.
Anda boleh memulakannya dengan menaiki
motosikal dan apabila maju dan berjaya mengumpulkan keuntungan,anda boleh
bertukar kepada kereta atau van.
Bisnes 28 :
E-book.
Menulis E-book adalah sesuatu yang
mudah.Apa yang penting ialah isi kandungan e-book agar ia berjaya dijual dengan
mudah.
Sebelum memulakan penulisan e-book
anda perlu bijak memilih isi kandungan agar ia mendapat sambutan pembaca.Isi
dan kandungan e-book adalah penting.
Anda perlu membuat kajian tentang
kemahuan pembaca hari ini.Sebagai contoh,anda menulis tentang cara menanam
pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan.
Isi kandungan
yang bermutu dan memberi banyak pengetahuan kepada pembaca akan menjadi tarikan
dan memudahkan ia dijual.
Jika setahun anda mampu menulis 10
buah e-book dan dapat dijual kepada 1000 pelanggan,anda mampu meraih
RM20,000.00 setahun jika sebuah ebook dijual dengan harga RM20.00.
Apabila siap sesebuah ebook,anda perlu
membuat promosi dengan membuat blog dan memperkenalkan kepada pengguna-pengguna
internet.
Antara contoh
e-book yang perlu ditulis ialah :
1.Cara membaiki
peralatan rumah.
2.Petua-petua.
3.Cara menjaga
motosikal.
4.Panduan
menguruskan kewangan keluarga.
5.Resepi.
6.Bagaimana
menjauhkan dadah.
7.Tips
mendisiplinkan anak.
8.Panduan
menjaga dan membaiki kereta.
9.Mencari
pasangan terbaik.
10.10 bisnes
kecil untung besar.
Bisnes 29 : Kad pra-bayar.
Menjual kad pra-bayar memberi
keuntungan sedikit.Namun ia adalah kerja mudah dan ringkas dan hanya memerlukan
modal kecil.Dengan memiliki kad pra-bayar,anda boleh menjual di mana sahaja.
Bisnes ini adalah amat mudah dan mampu
dilakukan sesiapa sahaja.Dengan jumlah pelanggan telefon bimbit yang semakin
bertambah,adalah tidak sukar untuk mendapatkan pelanggan.
Bisnes 30 :
Kelas Bahasa.
Anda mempunyai kemahiran dalam pelbagai
bahasa seperti Inggeris,Mandarin,Arab,Tamil,Korea,Jepun dan apa sahaja.Jadi
manfaatkan kemahiran anda untuk membuat kelas bahasa di rumah.
Dengan bayaran yang berpatutan,anda
mampu mendapat keuntungan.Bisnes ini adalah mudah dan boleh memberi pendapatan
yang baik jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
Bisnes 31 :
Jahitan.
Jika anda mempunyai kemahiran
menjahit,ia adalah kelebihan untuk mencari wang.
Jika tidak,anda
boleh belajar kerana pelbagai pihak menyediakan bengkel jahitan .
Memulakan bisnes jahitan memang memerlukan modal iaitu mesin jahit namun
jika anda tidak berkemampuan membeli,anda boleh mendapatkan bantuan Jabatan
Kebajikan Masyarakat.
Bisnes jahitan boleh dilakukan di
rumah dan ini menjimatkan kos.Apabila anda menjahit dengan jahitan yang baik
dan berkualiti,pelanggan akan bertambah dari masa ke semasa.
Sebaiknya anda perlu mempunyai
kemahiran menjahit pelbagai jenis pakaian lelaki,wanita dan kanak-kanak.Ini
akan menjadi kelebihan untuk mendapat lebih ramai pelanggan.
Bisnes 32 : Roti
canai.
Membuat roti canai memerlukan
kemahiran.Jika tiada kemahiran,ia boleh dipelajari.
Roti canai merupakan makanan kegemaran
rakyat Malaysia dan ia adalah bisnes yang menguntungkan.
Memang terdapat banyak kedai makan dan
restoran yang menjual roti canai.Namun ia bukan menjadi masalah kepada anda
yang mahu memulakan bisnes roti canai.
Sebagai contoh,anda menyediakan
payung dan meja pada kawasan utama dan
tumpuan.Anda menjual roti canai siap
bungkus.
Ia siap dibungkus sama ada 1 biji,2
biji,3 dan seterusnya.Anda menjual dengan harga yang lebih murah iaitu kurang
10 sen dari harga biasa.
Sebagai contoh,harga di kedai ialah 80
sen dan anda menjual 70 sen atau 60 sen.Walaupun anda menjual dengan harga
lebih rendah,ia tetap memberikan keuntungan.
Mengikut seorang
usahawan,satu kilogram tepung gandum boleh dibuat sebanyak 18 keping roti.Ini
membuktikan anda tetap mendapat keuntungan walaupun menjual dengan harga 50 sen.
Belajarlah membuat kuah dan sambal
yang sedap agar roti canai anda laris.Begitu juga dengan roti yang dibuat.Ini
bagi menjamin bisnes anda mampu bertahan lama.
Bisnes 33 :
Membaiki peralatan rumah.
Membaiki pelbagai peralatan rumah memerlukan
kemahiran dan ia boleh dipelajari dari buku,pakar mahu pun internet.
Dalam laman web youtube.com
contohnya,pelbagai video yang memberi tunjuk ajar dalam pelbagai perkara
termasuk cara membaiki peralatan rumah.
Jika anda mempunyai kemahiran membaiki
peralatan rumah,jadikan ia satu bisnes.
Bisnes ini
adalah mudah.Anda perlu memperkenalkan diri kepada ramai pemilik rumah
agar mereka tahu
kemahiran dan kebolehan anda.
Anda juga perlu mempunyai bisnes kad
agar memudahkan pelanggan menghubungi anda.
Kualiti kerja bermutu dan harga upah
yang berpatutan adalah jalan mendapatkan pelanggan setia dan pelanggan akan
terus bertambah lantaran promosi mulut ke mulut.
Bisnes ini mampu memberi pendapatan
yang baik dan memberi banyak pengalaman kepada anda.Malah anda juga boleh
memperkenalkan pelbagai produk kepada pelanggan mengikut kemahuan dan kehendak
mereka.
Bisnes 34 :
Pencari kerja.
Bisnes ini nampak mudah tetapi
memerlukan kesungguhan dalam mencarikan kerja kepada individu yang memerlukan
pekerjaan.
Mencari kerja bukan satu kerja mudah
terutama sekali ketika era kegawatan ekonomi.Namun masih banyak sektor
memerlukan pekerja terutama sektor yang dipandang rendah seperti kerja
pembersihan,pengawal keselatan dan lain-lain.
Anda perlu mencari pekerjaan untuk
pencari kerja dan mendapat sedikit komisyen dari individu yang mendapat
pekerjaan atau syarikat yang mencari pekerja.
Bisnes 35 :
Urutan.
Mengurut bukan satu pekerjaan
mudah.Kebiasaannya kerja mengurut banyak dilakukan golongan dewasa atau warga
tua.Kebanyakan remaja dan belia tidak berminat dengan urutan walaupun ia
memberi pendapatan kepada tukang urut.
Jika memiliki kaedah urutan yang betul
sama ada untuk membuang angin,urutan bersalin ,membetulkan tulang atau urat
yang terseliuh,urutan batin dan lain-lain,ia boleh dijadikan satu bisnes
menarik.
Urutan perlukan kemahiran yang betul
agar pesakit sembuh dan hilang kesakitan.Jika anda memilih bisnes ini,ia boleh
menjadi sumber pendapatan.
Bisnes 36 :
Pemotong rumput.
Memotong rumput adalah kerja
mudah.Anda hanya memerlukan mesin pemotong rumput,kaca mata dan sedikit
kemahiran memotong rumput dengan betul.
Anda akan mencari-cari kawasan yang
memerlukan tugas anda.Apabila pemilik kawasan mahu mendapatkan khidmat
anda,anda tetapkan bayaran yang sepatutnya.
Adalah lebih baik mengumpulkan rumput
dan tumbuhan lain yang dipotong serta memasukkannya di dalam plastik sampah
agar memudahkan pemilik kawasan berkenaan.
Dengan bayaran
berpatutan,pemilik kawasan pasti berpuashati dengan mutu kerja anda.
Bisnes 37 :
Tukang gunting.
Bisnes menggunting rambut boleh
dilakukan oleh individu yang mempunyai kemahiran menggunting rambut.
Anda tidak perlu menyewa kedai.Anda
hanya perlu membina sedikit pondok kecil di kawasan rumah dan menyediakan
peralatan seperti kerusi sandar,cermin,gunting dan lain-lain keperluan.
Bayaran perlu berpatutan dan kualiti
guntingan perlu memuaskan hati pelanggan agar bisnes anda mampu bertahan lama.
Bisnes 38 :
Pengasuh kanak-kanak.
Individu yang penyayang dan sukakan
kanak-kanak adalah sesuai menjalankan bisnes mengasuh kanak-kanak.
Rumah boleh dijadikan taman asuhan mini
untuk menjaga dan mengasuh bayi dan kanak-kanak.
Anda perlu menetapkan jumlah
kanak-kanak agar anda mampu mengasuh dan menjaga dengan baik.
Jika mahu mendapat lebih banyak
bayaran,buatlah kelas dan sesi pengisian ilmu
buat kanak-kanak
seperti belajar mengeja,belajar mengira dan lain-lain.
Ibu bapa bukan sahaja gembira kerana
anak mereka dijaga dengan baik dan selamat,malah mendapat pelbagai pengetahuan
dari pengasuh.
Bisnes 39 : Mekanik .
Menjadi mekanik memerlukan pengetahuan
dan kemahiran dalam bidang teknikal.
Jika anda
memiliki kemahiran membaiki motosikal atau kereta,gunakan ia untuk menghasilkan
wang.
Anda boleh memilih menjadi mekanik di
rumah atau di jalanan atau pun kedua-duanya sekali.
Apabila penunggang motosikal atau
pemandu menghadapi masalah seperti tayar
pancit,enjin rosak di tengah-tengah jalan,maka anda akan memberikan khidmat
setelah dihubungi.
Kesusahan dan kesulitan yang dihadapi
oleh pengguna terutama sekali pada hujung minggu di mana kedai-kedai motosikal
dan kereta ditutup,atau berada di kawasan yang jauh dari kedai atau bengkel
memberi peluang kepada anda memberikan wang.
Menurut salah seorang mekanik yang
menjalankan khidmat membaiki di jalanan,dia mampu meraih RM1000 sehingga RM2000
sebulan hasil daripada khidmat membaiki motosikal.
Masalah yang sering dihadapi
penunggang motosikal ialah kerosakan tayar.Oleh demikian beliau menunggu seawal
jam pagi untuk menunggu panggilan dari
penunggang yang mahu mendapatkan bantuan.Ini kerana ramai penunggang sedang
menunggang ke tempat kerja.
Anda boleh mengenakan caj berpatutan
dengan khidmat anda.Jika pada waktu malam sebagai contoh,anda mengenakan caj
RM30.00 untuk menukar tiub tayar yang rosak adalah munasabah kerana dikira kos
dan kesusahan anda mendapatkan pengguna.
Bisnes ini mampu memberi pendapatan
yang baik.Apa yang penting ialah kerajinan dan menberikan khidmat dengan baik.
Bisnes 40 : Sewa buku / majalah .
Jika anda seorang yang rajin membaca
dan mempunyai banyak koleksi buku dan majalah,gunakan peluang tersebut untuk
menyewa buku dan majalah.
Sediakan pelbagai buku menarik dalam
pelbagai genre seperti novel,sejarah,komputer dan lain-lain.
Jika anda mengenakan bayaran RM2 untuk
sebuah buku yang dipinjam selama satu minggu dan mendapat 50 pelanggan,anda
memperolehi RM100.Ini adalah bisnes kecil namun ia juga memberikan anda wang.
Bisnes 41 :
Homestay.
Membina sebuah rumah dan diubahsuai
menjadi sebuah homestay memerlukan perbelanjaan tinggi.Namun jika anda
mempunyai rumah yang selesa dan kelengkapan yang baik,mengapa tidak
menjadikannya rumah tumpangan untuk pelnacong yang datang ke kawasan anda?
Tidak semua pelancong gemar mendiami
hotel terutama pelancong asing yang ingin merasai pengalaman tinggal bersama keluarga pada sesuatu tempat.
Dengan masakan yang menarik,keramahan
dan perkongsian budaya,ia akan menjadi penarik kepada pelancong atau individu
yang ingin menumpang rumah anda beberapa hari atau satu malam.
Sebaiknya gunakan blog untuk
mempromosi homestay anda agar diketahui ramai pihak.Maklumkan juga kepada badan
pelancongan negeri agar memasukkan rumah
anda sebagai
sebuah tempat penginapan kepada pelancong atau individu yag mahu bermalam.
Bisnes 42 :
Kelapa bakar.
Bisnes kelapa bakar adalah bisnes
kecil yang boleh menguntungkan.Menyediakan beberapa kerusi dan meja,tempat
membakar kelapa dan buah kelapa.
Jika lokasi strategik dan mempunyai
campuran ramuan herba yang menyelerakan,pasti bisnes ini dapat meambahkan
pendapatan.
Menjual sebiji kelapa yang telah
dibakar dengan harga RM2.50 boleh mendatangkan keuntungan di mana sebiji kelapa
boleh didapati dengan harga sekitar RM1.00 hingga RM1.20.
Bisnes ini mempunyai potensi untuk
maju kerana kurang persaingan.Apa yang penting ialah kesungguhan dan keinginan
mahu memajukan bisnes dengan pelbagai idea dan kreativiti.
Bisnes 43 :
Perkakas elektronik.
Mempunyai kemahiran dalam bidang
elektronik adalah satu kelebihan.Membuat pelbagai jenis bahan dan peralatan
berdasarkan kemahiran elektronik boleh mendatangkan wang.
Perkakasan elektrik boleh dibeli dengan
harga yang murah.Menggabungkan kepada pelbagai barangan terpakai untuk mereka
cipta permainan seperti kereta,lampu perhiasan dan lain-lain.
Anda juga boleh mereka cipta lampu
tidur,lampu hiasan,pemotong buah dan lain-lain peralatan elektronik yang
memudahkan pengguna.
Ini memerlukan kreativiti dam idea
dalam membina pelbagai peralatan dan boleh dijual kepada ramai pengguna.
Bisnes 44 :
Burger dan kebab.
Memulakan bisnes burger dan kebab
adalah bisnes yang mudah dan boleh dilakukan di hadapan rumah atau memilih
kawasan strategik.
Memulakan bisnes ini hanya memerlukan
sebuah kuali,meja ringkas,tempat menyimpan pelbagai jenis bahan-bahan makanan
dan bungkusan.
Usahawan perlu kreatif dalam membuat
burger atau kebab.Rasa yang sedap,
pilihan sayur
pelbagai mampu menarik lebih ramai pembeli.Begitu juga penyediaan meja dan
kerusi untuk pelanggan yang mahu menjamu selera.
Bisnes 45 :
Pelancongan.
Anda tidak memerlukan sebuah syarikat
pelancongan jika anda mahu memulakan bisnes pelancongan.
Apa yang perlu dilakukan ialah mencari
individu yang berminat melancong dan kumpulkan jumlah yang sepatutnya seperti
40 orang dalam sebuah kumpulan.
Anda juga perlu
menyewa bas dan hotel destinasi penginapan.
Anda perlu membuat congakan awal
perbelanjaan seperti sewa bas,petrol ,sewa hotel,makanan dan lain-lain sebelum
menetapkan bayaran bagi setiap individu .Ini bagi mengelakkan anda mengalami
kerugian.
Bisnes ini boleh mendapat sambutan
jika anda memberikan khidmat memuaskan,
merancang
program kekeluargaan,jumlah bayaran yang berpatutan dan mampu menyaingi agensi
pelancongan dan lain-lain.
Anda juga boleh membina blog ringkas
untuk memberikan pilihan kepada ramai pengguna untuk memilih destinasi
pelancongan.
Bisnes 46 :
Konsultan Landskap.
Pada masa kini ramai pemilik rumah
berminat untuk menghias laman rumah dengan pelbagai hiasan sama ada pokok dan
bunga,kolam,laman berehat dan lain-lain.
Apa yang perlu dilakukan ialah menjadi
konsultan dengan memberi idea dan cadangan dalam pembentukan landskap halaman
rumah kepada pemilik.Anda juga boleh mencadangkan kontraktor atau usahawan
membekalkan pelbagai jenis pokok dan bunga.
Dengan mendapatkan sedikit
bayaran,ditambah komisyen dari kontraktor dan usahawan pembekal bunga dan
pokok,ia mampu memberikan anda pendapatan.
Adalah lebih baik anda mempunyai
katalog gambar dalam menghias pelbagai jenis landskap dan hiasan bagi
memudahkan pelanggan membuat pilihan.
Bisnes 47 : Seni
mempertahankan diri.
Kes jenayah boleh berlaku di
mana-mana.Ragut,bunuh,rogol,buli dan lain-lain.
Seandainya anda
mempunyai kemahiran khusus dalam mempertahankan diri seperti taekwando,silat
dan lain-lain,gunakan kemahiran anda untuk mendapatkan wang.
Mengadakan kelas ringkas sebanyak 10
atau 20 sesi untuk mengajar individu seni mempertahankan diri adalah cara
mendapatkan wang.
Jika anda mengenakan bayaran RM20
sebulan dan mampu mendapat 30 peserta,ia memberikan anda RM600.00 sebulan.
Anda perlu mengadakan bengkel bergerak
bagi menarik lebih ramai pelanggan.Golongan suri rumah adalah golongan yang
perlu diajak kerana mereka amat memerlukan kemahiran mempertahankan diri bagi
mengelakkan kes ragut dan rompak.Begitu juga pelajar dan lain-lain.
Bisnes 48 : Sewa
peralatan dan tapak sukan.
Jika anda mempunyai laman rumah yang
luas dan selesa untuk bersukan,jadikan
ia sebuah bisnes dengan membina padang untuk sukan badminton,takraw,ping pong
dan lain-lain.
Anda juga boleh menyewa pelbagai
peralatan dan pakaian sukan.Ini akan memberikan anda pendapatan tambahan.
Bisnes 49 :
Internet.
Anda juga boleh menyediakan kemudahan
internet di rumah.Dengan mengenakan bayaran lebih rendah dan suasana yang lebih
mesra pengguna mampu menarik pelanggan.
Dimulakan dengan lima buah komputer
dan mempunyai kemudahan makanan dan minuman ringan mampu menarik
pelanggan.Bisnes ini mampu memberikan anda keuntungan RM300 sehingga RM1000
sebulan bergantung kepada permintaan.
Bisnes 50 : Kraf
barang buangan
Setiap hari jutaan bahan buangan dibuang
rakyat Malaysia seeprti botol,tin,perca kain dan sebagainya.Usahawan perlu
kreatif mencanai pelbagai bahan buangan menjadi kraf dan menarik agar boleh
dijual.
-
COPYRIGHT SS DOT
COM@2016-2099 -